Siapa Saya?

*Dikemaskini pada 19/08/2008*
- - - - - - - - - - - - - - - - -
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih kerana melayari Noorizam Shah (dot) Com. Terima kasih buat anda yang tak jemu-jemu singgah ke blog ini.
Saya tidak pasti apa yang anda cari. Mungkin anda singgah disini kerana ilmu perniagaan internet atau mungkin juga anda datang ke sini atas sebab isu semasa yang sedang hangat diperkatakan.
Apapun, kedatangan anda amat dialu-alukan!
Oh ya..
Biar saya perkenalkan diri saya dahulu.
Saya, Noorizam Shah. Ini adalah blog peribadi saya. Saya dilahirkan pada tahun 1980. Mungkin anda pernah mengenali siapa. Mana tahu kita pernah berjumpa, atau baru sahaja berkenalan disini.
Dalam ramai-ramai pembaca, anda mungkin merupakan kawan-kawan saya. Kawan-kawan sekolah rendah? kawan-kawan di sekolah menengah? di Kolej, di tempat kursus?, di seminar? di tempat kerja lama? atau mungkin kita pernah berjumpa di mana-mana program.
Saya pernah belajar di Sekolah Menengah Agama Rakyat Nilai, Sekolah Menengah Seri Sendayan, Kolej Yayasan Melaka dan Graduasi di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Saya kini telah pun mempunyai keluarga bahagia. Seorang isteri dan bakal menimang cahaya mata, insya-Allah awal tahun 2009 nanti.
Sedikit kisah saya semasa kecil,
Saya anak bekas peneroka FELDA. Pernah melalui zaman susah payah sewaktu kecil. Waktu kecil saya belajar mencari duit dengan mengambil upah, mengisi tanah merah ke dalam polibeg untuk tanaman anak getah.
Satu beg, saya diberi upah 5 sen!
Kalau air paip tak ada, saya akan mandi di tali air atau air sungai. Temankan mak membasuh kain. Jarak ke sungai 5 kilometer. Hendak ke sana, terpaksa menaik motor melalui jalan merah yang tidak berturap.
Bila musim sekolah dibuka, saya akan menggunakan baju lama abang-abang saya yang masih elok untuk dipakai. Walaupun kasut itu lusuh dan sedikit koyak, itu sahaja kasut “baru” yang saya ada.
Di usia masih lagi dibangku sekolah,
Saya punya pengalaman membantu mak mengambil upah menoreh getah. Kerja saya hanya mengutip getah-getah yang telah beku, masukkan ke dalam tong.
Digigit ribuan nyamuk itu perkara biasa. Tercucuk duri tajam, itu juga perkara biasa.
Satu kenangan yang tak boleh dilupakan, sambil bermain-main dengan biji getah, kepala saya tersiram getah yang masih lagi cair. Kesudahan rambut terpaksa digunting kerana getah membeku.
Kerana hendak mencari duit lebih, saya akan kutip botol-botol dan tin kosong untuk dijual. Jika ada masa terluang saya akan ke kebun, memetik buah koko. Isi koko dikeringkan kemudian dijual kepada pemborong.
Hasilnya tidaklah lumayan tetapi saya dapat juga duit tambahan. RM20 pada ketika usia saya, ianya adalah besar ertinya.
Usia remaja, saya tidak semesti remaja bandar.
Pergi kelas tambahan, bermain alat kawalan jauh. Pada sebelah petang setiap bulan sebanyak 2 kali, saya akan ikut ayah ke ladang kelapa sawit. Bantu tabur baja, apabila kelapa sawit keluarkan hasil, sayalah yang akan bantu ayah, bawa kereta sorong, angkat buah kelapa sawit yang berat dan berduri.
Penat dan perit.. hanya tuhan yang tahu.
Selain bantu ayah diladang, saya juga bantu ayah mengambil upah bertukang rumah. Ayah saya seorang tukang rumah kampung. Bukan kontraktor besar yang punyai lesen kelas A atau B.
Ayah cuma ada lesen kelas F. Itu pun kongsi dengan arwah atuk. Saya tidak diberi gaji, tetapi saya akan dapat upah antara RM10-RM50 dari ayah. Itu pun kadang-kadang dapat. Kadang-kadang tak ada.
Satu peristiwa yang saya tak boleh lupakan,
Sewaktu ayah sedang lalu diatas palang kekuda rumah. Entah macamana, palang tu patah.. Ayah jatuh ke lantai dan tidak sedarkan diri.
Waktu tu, hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana cemasnya saya bila lihat ayah tidak sedarkan diri. Ayah pengsan dalam beberapa saat.
Pengalaman waktu kecil terlalu banyak kalau nak diceritakan..
Sebenarnya, saya menghargai masa-masa lalu. Tauladan dan pengajaran lalu, telah banyak memberi kesan kehidupan saya hari ini.
Hari ini, saya sudah buktikan kepada ayah dan mak, saya boleh hidup berdikari. Mereka sudah tahu kejayaan demi kejayaan yang saya hasilkan.

Saya gembira dengan usaha saya. Saya gembira kerana membina keluarga yang bahagia. Insya-Allah Feb 2009 saya dan isteri tercinta bakal menerima kehadiran cahayamata. Saya gembira dengan kerjaya saya. Saya gembira dengan kehidupan saya. Ada seorang isteri yang baik, penyayang dan dialah isteri, dialah sahabat, dialah teman dan dialah pembantu peribadi saya.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Alhamdulillah, sejak blog ini diwujudkan lebih 2 tahun lalu (nak masuk 3 tahun dah), blog ini mula diterima ramai dan kini telahpun mempunyai pembaca-pembaca setia yang sudi berkongsi pandangan dan pendapat. Anda juga adalah salah seorang daripadanya. Kan?
Terima kasih kepada mereka yang sering menghantar emel. Terima kasih juga kepada mereka yang menganggap saya “guru”.

Bagaimana saya bermula dalam perniagaan internet?
Internet adalah “dunia ke-2″ sejak saya kenali internet pada tahun 1998. Waktu itu, saya tidak tahu langsung bagaimana mencari peluang menjana pendapatan di internet.
Yang saya tahu hanya, berseronok semata-mata. Saya mula ada ‘perasaan” dan semangat untuk memiliki pendapatan yang pertama di internet ialah pada tahun 2005.
Waktu itu, saya hanya mengenali beberapa orang nama sahaja. Antara yang terawal ialah Irfan Khairi (masa tu belum guna title Dr.), Mohd Suhaimy (Shuth) dan Team SaifulSham.
Kini saya telah berjumpa kesemuanya secara realiti! Dan sekarang kami adalah rakan seperjuangan dan berada di dalam bidang yang sama (usahawan internet)

*Dari kiri: Fuad Latip, Shuth, Noorizam, Alang (SZAB), Gobala
Berbalik kepada kisah siapa saya,
Selepas habis kerja waktu pejabat, saya akan menumpukan perhatian kepada aktiviti internet saya. Dengan melihat kejayaan ramai orang di internet, ialah telah memberi satu perasaan lain dimana semangat saya berkobar-kobar untuk menjalankan perniagaan internet.
![]()
Memikirkan saat itu, saya mula tercari-cari apakah perniagaan yang boleh saya jalankan di internet. Akhirnya wujudlah perniagaan internet pertama saya iaitu Pelamin.net. Walaubagaimana pun, disaat awal perniagaan, saya mengambil masa hampir 1 tahun untuk mendapatkan pendapatan yang pertama.
Anda bayangkan bagaimana lamanya proses menunggu hasil tersebut. Tidak ada jalan mudah untuk jadi berjaya. Dengan promosi yang berterusan, nama Pelamin.net semakin lama semakin dikenali sehinggakan kami pernah dijemput memberi khidmat untuk majlis perkahwinan beberapa orang artis dan personaliti tanahair.
Kami juga berkesempatan untuk menjadi ‘orang sokongan’ untuk Drama Natasha 2, dimana watak utama cerita ini ialah Fasha Sandha. Terharu rasanya apabila penghargaan diberikan oleh krew penerbitan drama.
Di Pelamin.net, kami menyediakan perkhidmatan pemasangan pelamin dan pakej perkahwinan serta khidmat jurugambar. Bagi anda yang berminat, sila layari laman web kami di www.pelamin.net
Adakah saya hanya memberi servis perkhidmatan ini sahaja? Apakah sumber pendapatan lain saya di internet?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Di internet juga, saya memperolehi pendapatan sampingan dengan menyertai program-program affiliate berasaskan produk digital dan infomasi. Dengan memiliki pengetahuan asas mengenai pemasaran produk di internet (walaupun saya bukan dari golongan graduan IT), saya berjaya menghasilkan beberapa jualan. Dengan cara ini, saya dapat memantapkan ilmu pemasaran online dengan berkesan.

.
.
.
.
.
.
.
Kini saya adalah salah seorang “Education Specialist Trained by Ebay”
Saya berbangga kerana terpilih dan diiktiraf sebagai seorang tenaga pengajar “instructor” bagi membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan di laman web ebay.
Jika anda seorang yang mempunyai minat untuk memulakan perniagaan, laman web eBay adalah satu platform terbaik untuk anda mengutip pengalaman berharga!
Saya juga pernah menghasilkan beberapa buah ebook edisi terhad samada percuma atau berbayar dan salah satu produk digital terbaru adalah ebook berkisarkan panduan menghasilkan pendapatan di laman lelong eBay
Sejak bila saya menyertai eBay?
Saya mula memiliki akaun eBay sejak tahun 2006 dan ketika itu saya beranggapan menjual di eBay hanya menuntut tuntutan naluri untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Tidak secara serius sebenarnya. Hanya sekadar suka-suka.
Dalam waktu 3 tahun ini, saya banyak didedahkan dengan pelbagai program atau bentuk perniagaan seperti program Multilevel Marketing, Program HYIP, Program Pelaburan, Program Force Matrix dan pelbagai program yang menghujani kotak emel saya setiap hari.
Saya juga pernah melalui kesilapan atau kerugian ketika dulu. Tetapi syukur, angka itu tidaklah sebesar dan seberat mana pun, kerana semua ini telah mempercepatkan saya sedar dari lamunan bahawa peluang-peluang yang memberikan kita keuntungan dengan cara tidak betul biasanya menjanjikan kesusahan kepada saya.
Nasib saya baik, kerana dengan mencari dan memahami erti perniagaan internet dan program internet, saya dapat membezakan program mana yang wajar dilakukan dan sebaliknya.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jadi,
Saya sekali lagi memilih eBay sebagai platform untuk menambah pendapatan sebenar saya. Bagaimana?
Dengan mempelajari ilmu-ilmu perniagaan di eBay, mengambil masa belajar dari untung dan rugi, akhirnya saya dapat merasai bagaimana nikmatnya produk kita terjual. Syok wooo..

.
.
.
.
.
.
Setiap kejayaan itu, jika kita bersungguh-sungguh untuk menggapainya, ia tidak akan menjadi satu perkara yang mustahil. Bila lagi kita hendak bermula, jika tidak sekarang!
Seperti kata Azizi Ali dan pakar perniagaan internet lain, jika anda mempunyai simpanan RM5,000.00, apakah yang akan mereka lakukan?
Mereka pasti akan menjawab, menggunakan 3% dari wang itu untuk pelaburan ilmu.

Berniaga di Internet adalah satu FENOMENA baru
Sebab itulah saya mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan internet sejak 3 tahun lalu. Peluang yang datang harus direbut sebaik yang mungkin kerana di Malaysia peluang ini sedang terbuka luas dan seharusnya kita terokai bidang ini sebelum kita terlepas pandang.
Sebagai contohnya, tidak ramai lagi penjual baju tidur “kapten” caftan di internet. Kenapa tidak anda menggunakan peluang ini dan menjualnya di laman web ebay. Jangan tidak tahu, kos dan harga yang berpatutan di pasaran kita, jika di jual di luar negara, anda boleh mengaut keuntungan berkali ganda!
Seperti kata Dr. Irfan Khairi, perniagaan internet memiliki potensi masa depan yang baik kerana ia merupakan media yang tidak luntur dek masa seperti mana televisyen, radio, surat khabar dan majalah.
Jika diandaikan hari ini pengguna internet di Malaysia sahaja mencecah 10 juta orang, apa akan berlaku pada masa akan datang?
Adakah jumlah pengguna internet ini akan turun?
Yang pasti setiap tahun demi tahun, peningkatannya begitu ketara sekali sehinggakan mencecah 1 juta orang setiap tahun.
Ini merupakan satu perkembangan yang sihat dan menarik untuk rakyat Malaysia.
Di laman web Ebay sendiri, terlalu banyak masalah pengguna dapat diselesaikan. Anda boleh membeli kereta, perabot, komputer, telefon bimbit, aksesori dan seribu macam benda.
Saya sendiri mempunyai pengalaman dimana ramai golongan mereka yang tidak bekerja termasuklah suri rumah membeli di internet. Malah ada juga golongan ini menjadi penjual yang berjaya.
Jika anda berminat untuk menjadi seorang usahawan internet samada separuh masa atau sepenuh masa, anda boleh menghubungi saya di contact (at) noorizamshah.com atau hubungi saya disini
MELABUR PADA DIRI SENDIRI
Irfan Khairi seringkali di tanya. “Irfan, saya ada wang simpanan RM 5,000 yang saya boleh laburkan. Dimana boleh saya laburkannya untuk mendapat pulangan tertinggi?”
Jawapan beliau adalah : Laburkan pada ilmu.
Jutawan Azizi Ali sering memulakan ceramahnya dengan soalan “Berapa banyakkah anda sanggup melabur untuk memperolehi pendapatan sebanyak RM1 juta?”. Pelbagai jawapan yang
diterima. Ada yang menjawab RM1,000.00. Ada yang menjawab RM10,000. Ada juga yang menjawab RM100,000!
Walaupun soalannya berbunyi agak simple, namun, jawapan yang diberi menggambarkan sama ada anda serius dalam mencari ilmu untuk menjana pendapatan yang tinggi.
Melihat orang-orang yang berjaya di seluruh dunia,mereka merupakan orang yang suka mencari ilmu untuk memperbaiki diri sendiri. Orang yang berjaya adalah mereka yang sering dahagakan ilmu dan sentiasa menuntut ilmu untuk mencari idea-idea baru, teknik dan strategi
yang mereka boleh gunakan dalam memperbaiki diri sendiri dan menjana lebih banyak pendapatan.
Fikiran adalah anugerah yang paling tinggi nilanya pada setiap manusia. Manusia juga dikatakan tidak pernah menggunakan keseluruhan potensi kuasa fikiran yang mereka ada.
Berapa banyak anda patut melabur pada ilmu?
Di sini terdapat satu formula mudah untuk melabur untuk ilmu. Formulanya berbunyi laburkan 3% daripada pendapatan bulanan anda kepada ilmu yang dapat memperbaiki nilai diri anda.
Ini bermakna sekiranya pendapatan bulanan anda adalah RM2,000 sebulan, laburkan RM60 setiap bulan untuk ilmu memperbaiki diri anda. Mungkin dengan jumlah ini, anda akan dapat membeli 2 atau 3 buah buku yang berkaitan dengan industri anda. Ataupun, simpan 3%
selama 4 bulan untuk mengumpul RM240 untuk anda menghadiri kursus yang boeh memperbaiki nilai diri anda.
Sekiranya anda melabur pada ilmu, sebanyak 3% daripada pendapatan anda setiap bulan, ilmu tersebut akan menambahkan pengetahuan dan kepakaran anda dan ia turut akan menambahkan pendapatan bulanan anda.
Sekiranya anda inginkan kemewahan dan kekayaan, anda perlu menjadi lebih baik dari mereka di dalam bidang anda. Untuk menjadi lebih baik - ilmu diperlukan!
Pasaran pendapatan adalah adil. Pasaran akan memberi pulangan yang hebat kepada mereka yang hebat di dalam industri masing-masing. Sekiranya anda menjalankan tugas sederhana, pulangan anda juga turut sederhana. Sekiranya anda mempunyai kepakaran yang tinggi
atas hasil anda mendalami ilmu bidang anda sendiri, anda juga akan mendapat pulangan yang tinggi dalam bidang anda.
Katakan dengan melaburkan wang anda dalam memperbaiki diri anda pada setiap bulan sehingga anda menerima pendapatan RM4,000 sebulan. Dengan hanya menyimpan 10% setiap bulan daripada pandapatan tersebut ke akaun pelaburan yang memberi pulangan 10% setahun, akaun simpanan anda akan mencecah RM1 juta dalam masa 31 tahun sahaja! Anda akan pencen sebagai seorang jutawan!
Ramai yang akan mengeluh. Menjadi jutawan dalam masa 30 tahun adalah waktu yang lama! Bagaimana Irfan melakukan dalam masa 3 tahun?
Di sinilah pelaburan pada ilmu pengetahuan menjadi lebih penting. Dr. Irfan Khairi sering mendengar kisah kejayaan di mana seseorang itu mendapat satu idea atau mempelajari satu teknik dari menuntut ilmu yang telah memberi mereka pulangan sehingga RM5,000, RM10,000, RM20,000 atau lebih setiap bulan!
Secara peribadi, Dr. Irfan Khairi juga turut menerima pendapatan yang berganda hasil daripada mendapat idea dan teknik daripada sering mencari ilmu. Dalam mencari ilmu, memang perlu kita melabur.
Cara-cara mencari ilmu :
1. Melalui buku-buku. Jangan lupa,tidak semestinya anda membeli buku. Perpustakaan membolehkan anda membaca apa saja buku dari pelbagai bidang tanpa anda perlu membeli buku-buku tersebut. Alasan tiada wang untuk membeli buku tidak diterima di sini.
2. Salah satu cara terpantas mencari ilmu adalah mempelajari daripada mereka yang pakar. Dalam bidang apa sahaja pun, terdapat pakar yang telah berjaya. Pelajari dari pakar industri anda dan ia merupakan short-cut untuk anda berjaya. Ingat, anda tidak perlu mencipta kaedah baru- ikuti kaedah dan strategi yang digunakan oleh orang yang berjaya, dan anda juga akan turut berjaya!
3. Anda juga boleh menyertai seminar dan kursus dalam memperbaiki nilai anda sendiri. Walaupun anda perlu melabur sejumlah wang dan tenaga anda untuk ke tempat kursus, sering kali saya mendengar kisah-kisah kejayaan daripada pelaburan sebegini. Peserta-peserta
kursus saya juga ramai yang telah berjaya melalui kaedah ini!
Terdapat banyak cara untuk menambahkan ilmu yang akan menambahkan isi dompet anda! Apa yang menghalang anda hanyalah kemahuan anda dan kesungguhan anda untuk mencari ilmu tersebut.
Berminat untuk memulakan perniagaan Internet dari rumah dan pelajari perniagaan di laman web eBay? Hubungi saya segera. Tempat adalah TERHAD
Popularity: 8% [?]




